Menteri Luar China, Wang Yi telah mengadakan Dialog Diplomatik dan Strategik China-Australia pusingan ke-8 bersama rakan sejawatnya dari Australia, Penny Wong di Beijing pada Rabu.
Wang berkata, China dan Australia perlu mengekalkan pertukaran peringkat tinggi dan meningkatkan kepercayaan strategik bersama, malah ujarnya interaksi antara China dan Australia adalah menepati kepentingan kedua-dua pihak.
Wang turut berharap Australia akan melindungi keselamatan, hak dan kepentingan sah warga China di negara itu.
Ujarnya kerjasama persahabatan China dengan negara-negara Kepulauan Pasifik tidak menyasarkan mana-mana pihak ketiga, justeru Australia diharap melihat perkara itu secara objektif dan rasional.
Menurut Wang, China dan Australia perlu bersama-sama mempertahankan sistem perdagangan bebas global serta kestabilan dan kelancaran rantaian pengeluaran dan pembekalan, di samping memainkan peranan yang konstruktif dalam penyelesaian politik isu-isu hangat.
Wang pada masa sama turut menjelaskan secara mendalam pendirian China mengenai hal Taiwan.
Sementara itu, Penny Wong pula menyatakan bahawa Australia kekal berpegang kepada dasar Satu China, tidak menyokong “kemerdekaan Taiwan”, dan berharap hal Taiwan dapat diselesaikan secara damai.
Selain itu, Australia juga menyokong China menganjurkan Dialog Informal Pemimpin APEC, tidak mengecualikan mana-mana negara daripada menjalankan kerjasama demi pembangunan negara-negara kepulauan, serta turut bersedia bekerjasama dengan China dalam melindungi peraturan antarabangsa dan keselamatan sumber tenaga.













Tinggalkan Balasan