Lebih 300 wakil daripada pelbagai sektor di China dan negara-negara anggota ASEAN berhimpun di bandar Chongqing bagi menyertai Minggu China-ASEAN 2026 yang berlangsung dari 23 hingga 25 November.
Bertemakan ‘Perkukuh Kerjasama Strategik, Saling Hubungan Demi Kemakmuran Bersama’, program berkenaan merangkumi pelbagai aktiviti pertukaran melibatkan bidang ekonomi dan perdagangan, sains dan teknologi serta kebudayaan.
Sepanjang program itu berlangsung, beberapa dokumen penting turut dilancarkan termasuk Inisiatif bagi Menggalakkan Perkongsian China-ASEAN dalam Peralihan Tenaga Dipacu Kecerdasan Buatan (AI) serta Laporan Kerjasama Media China-ASEAN (2021-2026).
Setiausaha Agung Pusat China-ASEAN, Zhang Lizhong dalam ucapannya berkata kedua-dua pihak akan memperkukuh kerjasama dalam bidang termaju seperti AI, ekonomi digital serta teknologi hijau dan rendah karbon.
Kedua-dua pihak juga hendaklah terus memacu integrasi mendalam antara rantaian perindustrian, rantaian bekalan dan rantaian inovasi, sekali gus membolehkan inovasi teknologi memperkasakan lagi pembangunan berkualiti tinggi.










Tinggalkan Balasan