Pameran Pelancongan Antarabangsa China 2025 Terserlah di Hainan

Pameran Pelancongan Antarabangsa China 2025 yang diadakan di bandar Haikou provinsi Hainan di selatan China pada 19 hingga 21 Disember, merupakan edisi yang pertama di pulau itu.  

Pameran yang bertema “Hai! China” ini terdiri daripada lima zon, iaitu zon pelancongan domestik, pelancongan antarabangsa, “Hainan Sunshine”, perbelanjaan pelancongan inbound, serta integrasi kebudayaan-pelancongan.

Lebih seribu tetamu dari 101 buah negara dan wilayah berkumpul di Haikou untuk mempamerkan sumber pelancongan dari tempat masing-masing, manakala para pengunjung boleh mendapat pendedahan dan inspirasi untuk perjalanan yang lengkap, segar, dan autentik.

Industri pelancongan antara salah satu daripada “empat industri tonggak” Hainan.

Tempahan tiket penerbangan ke Haikou dan Sanya masing-masing meningkat 19% dan 51% di ambang cuti Tahun Baharu 2026 berbanding tahun sebelumnya. 

Bagi pelancongan inbound, jualan tiket antarabangsa ke Haikou semasa tempoh perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) 2026 melonjak lebih sekali ganda.