Pemenang Anugerah Turing Puji Pelaburan Besar China dalam Penyelidikan Asas dan Terbuka

Pelaburan besar kerajaan China dalam penyelidikan asas amat mengagumkan, demikian yang dinyatakan saintis komputer Robert Tarjan yang juga penerima Anugerah Turing tahun 1986.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa Persidangan Sains Asas Antarabangsa 2026 yang berlangsung di Beijing.

Beliau turut memuji dan menghargai pendekatan China dalam membangunkan sistem menyeluruh untuk melatih dan memupuk bakat dalam bidang sains asas.

Tarjan juga memuji model penyelidikan yang mengutamakan keterbukaan dan perkongsian, sambil menegaskan bahawa pertukaran akademik dan kerjasama penyelidikan merentas negara dapat membawa perspektif yang lebih pelbagai.

Menurutnya, hubungan serta perkongsian akademik yang lebih meluas akan terus membantu mencetuskan kejayaan baharu dalam bidang sains di seluruh dunia.

Untuk rekod, penganjuran persidangan kali ini, buat julung kalinya memperkenalkan Pingat Sains Asas yang menghimpunkan sembilan penerima pingat selain beberapa pemenang Pingat Fields dan Anugerah Turing, serta lebih 80 saintis penerima anugerah antarabangsa berprestij.