Perkasakan Pembangunan Berkualiti Tinggi, Letak Asas Baik bagi FYP-15

Tahun 2026 merupakan ulang tahun ke‑105 penubuhan Parti Komunis China (PKC), dan juga tahun pertama dalam pelaksanaan Rancangan Lima Tahun ke-15 (FYP-15).

Sejak awal tahun ini, Presiden Xi Jinping telah menetapkan tugas‑tugas strategik utama pembangunan sosioekonomi bagi FYP-15, membuat siri keputusan dan aturan penting, memperkasakan pembangunan berkualiti tinggi demi meletakkan asas baik bagi FYP-15.

Pada Februari 2026, Presiden Xi meninjau ke Taman Inovasi Maklumat Kebangsaan di Yizhuang, Beijing, bagi mengetahui keadaan inovasi dan penggunaan teknologi maklumat di sana. 

Sempena sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) diadakan di Beijing pada Mac, Xi mahu wilayah maju supaya membuat lebih banyak usaha dalam mengkaji situasi baharu dan menyelesaikan masalah baharu, selain menyediakan lebih banyak pengalaman yang boleh dicontohi wilayah lain. 

Selepas sidang tahunan NPC dan CPPCC berakhir, Xi mempengerusikan mesyuarat mengenai kerja memajukan pembangunan berkualiti tinggi di Kawasan Baharu Xiong’an di Hebei, sekali gus menggariskan hala tuju bagi pembangunan bersepadu Beijing‑Tianjin‑Hebei.

Pada Jun lalu, Xi turun padang ke kampung Dongyujia, bandar Dezhou di provinsi Shandong, mendengar laporan kerajaan tempatan mengenai pengeluaran pertanian pada musim panas. Beliau turut meluangkan masa berjumpa dengan petani tempatan dan berbual mesra dengan mereka.

Pada 1 Julai 2026, majlis sambutan ulang tahun ke‑105 penubuhan PKC diadakan di Beijing. Xi mengeluarkan seruan kepada seluruh ahli parti agar “mengukuhkan keyakinan dan terus berjuang keras”.

Di bawah pimpinan Jawatankuasa Pusat Parti yang berteraskan Xi Jinping, semua ahli Parti dan rakyat pelbagai bangsa di seluruh negara penuh keyakinan, bergerak menuju ke arah membina negara sosialis moden yang kuat secara menyeluruh dan merealisasikan kebangkitan nusa dan bangsa China.