Prabowo Terima Kunjungan Menteri Luar, Menteri Pertahanan China

Presiden Indonesia Prabowo Subianto menerima kunjungan Menteri Luar China Wang Yi dan Menteri Pertahanan China Dong Jun di Rumah Presiden di Jakarta pada Jumaat.

Prabowo memberikan penilaian tinggi terhadap mekanisme dialog strategik komprehensif Indonesia-China serta peranan dan hasil mekanisme dialog Menteri Luar dan Menteri Pertahanan (2+2) antara kedua-dua negara. 

Beliau berharap dapat memperkasakan kerjasama strategik komprehensif dengan China dalam bidang politik, ekonomi, sains dan teknologi dan lain-lain. Beliau turut mengalu-alukan lebih banyak syarikat China melabur di Indonesia.

Wang Yi mengatakan China mempunyai keupayaan dan keinginan untuk meningkatkan kerjasama dengan Indonesia, dan membantu Indonesia mentransformasikan sumbernya kepada penggerak pembangunan, serta mempercepat langkah perindustrian dan pemodenan agar membawa manfaat yang lebih besar kepada rakyat. 

Beliau juga berkata, China bersedia bersama-sama Indonesia untuk melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, serta hasil mekanisme dialog strategik komprehensif dan sidang ke-2 mekanisme dialog “2+2”, mempergiat kerjasama dalam bidang politik, ekonomi, tenaga, galian, ketenteraan dan keselamatan agar membina penggerak baharu untuk pembangunan dan kemakmuran di kedua-dua negara serta menyumbang kepada kedamaian dan kestabilan serantau.