Program ‘Kisah Klasik Pilihan Xi Jinping’ versi pelbagai bahasa terbitan Kumpulan Media China (CMG) dijadual bersiaran di media arus perdana ahli Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) bermula 30 Ogos.
Penyiaran itu bertepatan dengan kehadiran Presiden China Xi Jinping pada Sidang Kemuncak SCO 2026 di Bishkek serta lawatan rasmi beliau ke Kyrgyzstan.
Program itu menghimpunkan petikan daripada karya klasik dan kata-kata hikmat yang pernah digunakan Xi dalam ucapan, artikel dan kenyataannya, dengan memfokuskan kepada pertumbuhan ekonomi, inovasi teknologi, tamadun ekologi, kesejahteraan rakyat dan lain-lain.
Program berkenaan memaparkan pemikiran Presiden Xi dalam mentadbir negara serta pengalaman China dalam merungkai pelbagai isu global.













Tinggalkan Balasan