Program ‘Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping’ Disiarkan di Negara SCO 

Program ‘Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping’ versi pelbagai bahasa dilancarkan dalam satu majlis yang berlangsung di Bishkek, Kyrgyzstan pada Ahad.

Majlis pelancaran itu diadakan menjelang kehadiran Presiden China Xi Jinping pada Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2026 di Bishkek serta lawatan rasmi beliau ke Kyrgyzstan.

Presiden Kyrgyzstan Sadyr Japarov mengirim perutusan tahniah atas pelancaran program berkenaan.

Program itu menghimpunkan petikan daripada karya klasik dan kata-kata hikmat yang pernah digunakan Xi dalam ucapan, artikel dan kenyataannya dengan memfokuskan kepada pertumbuhan ekonomi, inovasi teknologi, tamadun ekologi, kesejahteraan rakyat dan lain-lain.

Program berkenaan memaparkan pemikiran Presiden Xi dalam mentadbir negara serta pengalaman China dalam merungkai pelbagai isu global.

Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapannya menyifatkan pelancaran program berkenaan sejajar dengan konsensus dicapai ketua-ketua negara SCO serta merupakan praktik hidup dalam memperkukuh persahabatan, kesalingpercayaan dan pertukaran antara negara terbabit.