China berjaya melancarkan kapal angkasa bermanusia Shenzhou-23 dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan pada pukul 11.08 malam pada Ahad.
Kapal angkasa tersebut dilancarkan menggunakan roket pembawa Long March 2F-Yao 23 dan berjaya melakukan penyambungan dengan stesen angkasa China pada pukul 2.45 pagi 25 Mei waktu Beijing.
Pada pukul 5.13 pagi pula, kru angkasawan Shenzhou-23 berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong, disambut oleh kru angkasawan Shenzhou-21. Ini sekali gus menandakan kejayaan kali ke-8 angkasawan China melakukan “pertemuan di angkasa”.













Tinggalkan Balasan