Sidang Kemuncak SCO 2025, China Janjikan Liputan Bertaraf Dunia

Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025 bakal berlangsung di Tianjin dari 31 Ogos hingga 1 September.

Ini merupakan kali kelima China menjadi tuan rumah sidang kemuncak SCO, sekaligus edisi kali ini bakal menjadi penganjuran terbesar sejak penubuhan SCO.

Bagi memastikan siaran dan liputan terbaik sepanjang sidang kemuncak SCO di Tianjin, Kumpulan Media China (CMG) telah menghantar lebih 760 petugas media dan memanfaatkan sepenuhnya kesemua platform termasuk radio, televisyen dan media baharu, serta turut menggunakan kelebihan platform pelbagai bahasa, bagi memastikan penganjuran kali ini mencapai standard terbaik di peringkat antarabangsa.

Sepanjang sidang kemuncak ini berlangsung, siaran langsung akan dibawakan menerusi saluran CCTV, CGTN, Radio Nasional China dan pelbagai platform digital termasuk CCTV News, CCTV.com dan aplikasi mudah alih, meliputi mesyuarat Majlis Ketua-ketua Negara Anggota dan mesyuarat “SCO+”.

Ucapan para pemimpin dunia juga akan disiarkan dengan kualiti tinggi kepada penonton global.