Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang berteraskan Xi Jinping sentiasa menjadikan aspirasi rakyat terhadap kehidupan yang lebih baik sebagai sasaran perjuangan. Berpandukan prinsip “rakyat diutamakan”, China berusaha menjamin dan menambah baik kehidupan rakyat, dan membolehkan hasil pembangunan modenisasi ala China dapat dikongsi oleh seluruh rakyat secara saksama.
Sejak awal tahun ini, Presiden Xi sentiasa meletakkan perkara mengenai rakyat di hati, tidak mengira masalah itu besar atau kecil.
Menurut cadangan mengenai FYP-15, usaha perlu digandakan untuk melindungi dan menambah baik kesejahteraan rakyat, serta memajukan kemakmuran bersama seluruh rakyat secara mantap. Antara 20 petunjuk utama yang ditetapkan dalam carangan tersebut, hal-hal mengenai kehidupan rakyat menduduki peratusan tertinggi, meliputi pekerjaan, pendapatan, pendidikan, kesihatan, penjagaan warga emas dan kanak-kanak, yang menjadi perhatian dan mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan rakyat.
Pada masa ini, China mempunyai sistem perubatan yang meliputi populasi paling ramai di dunia. Purata jangka hayat penduduk China pun berada di barisan terdepan antara negara berpendapatan sederhana tinggi.
Kini, China berada pada musim banjir. Presiden Xi banyak kali menekankan kepentingan untuk menjalankan kerja pencegahan dan penanganan bencana alam dengan rapi demi menjamin keselamatan nyawa dan harta benda rakyat.
Di bawah pimpinan Jawatankuasa Pusat PKC yang berteraskan Xi Jinping, China kini mempraktikkan pemikiran pembangunan berpaksikan rakyat, berusaha untuk membolehkan rakyat menjalani kehidupan lebih bahagia dalam suasana yang aman dan tenteram.













Tinggalkan Balasan