Tahun 2026 bukan sahaja tahun pertama pelaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 (2026-2030) Pembangunan Sosioekonomi Kebangsaan China, tetapi juga ulang tahun ke-105 Parti Komunis China (PKC).
Usaha pemerkasaan Parti terus dipergiat untuk mendaratkan misi dan visi menerusi pembinaan dan pengamalan pemahaman yang betul terhadap prestasi tadbir urus serta kesungguhan dalam mengetatkan disiplin kendiri secara menyeluruh.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC Xi Jinping pernah membuat kenyataan penting pada majlis pembukaan sesi pengajian mengenai inti pati sidang pleno keempat Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC di Akademi Tadbir Urus Negara, awal tahun ini.
Beliau menekankan keperluan meningkatkan keupayaan Parti dalam membimbing pembangunan sosioekonomi.
Usaha menambah baik tadbir urus kendiri Parti secara menyeluruh dan ketat tidak pernah luntur.
Ketika berucap pada sidang pleno kelima Suruhanjaya Pusat bagi Pemeriksaan Disiplin (CCDI) ke-20 PKC di Beijing pada Januari, Xi menyeru agar tadbir urus kendiri Parti terus dimajukan secara menyeluruh menerusi langkah lebih konkrit dengan piawaian lebih tinggi.
Xi juga turut melakukan tinjauan ke serata tempat untuk meneliti keadaan pemerkasaan Parti di peringkat akar umbi.













Tinggalkan Balasan