Xi Terima Kunjungan Presiden Konfederasi Switzerland, Parmelin

Presiden China Xi Jinping menerima kunjungan Presiden Konfederasi Switzerland Parmelin di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada Jumaat petang.

Xi mengatakan China bersedia bersama Switzerland mempertahankan keterbukaan, mengeratkan kerjasama, mendorong globalisasi ekonomi yang inklusif sekaligus menambah keyakinan dan kepastian untuk kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dan Eropah serta pembangunan ekonomi sejagat.

Xi berkata, Switzerland sebagai teladan yang penting dalam hubungan ekonomi dan perdagangan China-Eropah sejak sekian lama, diharap memainkan peranan yang proaktif untuk mendorong pembangunan perdagangan China-Eropah ke arah yang seimbang dan mantap.

Dalam pada itu, Parmelin mengatakan tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 terjalinnya hubungan perkongsiaan strategik inovatif Switzerland-China. Pihaknya memberikan perhatian yang tinggi tentang peranan positif China dalam hal ehwal antarabangsa dan bersedia bersama China untuk memperkasakan koordinasi, mempertahankan amalan multilateralisme, memelihara perdagangan bebas sekaligus menyumbang kepada pembangunan, kemakmuran, kedamaian dan kestabilan dunia.