Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Zhao Leji mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Dewan Rakyat Australia, Dugald Milton Dick di Dewan Besar Rakyat Beijing pada Ahad.
Dalam pertemuan itu Zhao menyatakan bahawa, hubungan China-Australia terus bertambah baik melalui usaha sama kedua-dua negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini, manakala kerjasama bilateral dalam pelbagai bidang berkembang mantap dan stabil.
Ujarnya, prinsip saling menghormati dan kerjasama yang saling menguntungkan adalah selaras dengan kepentingan asas kedua-dua negara dan rakyat.
Zhao berkata kedua-dua pihak harus mengukuhkan asas politik, menghormati kepentingan teras dan keprihatinan utama masing-masing, serta mengendalikan perbezaan dan isu-isu sensitif dengan baik.
Ujarnya, China dan Australia perlu memperdalam kerjasama dalam bidang-bidang yang substantif, memperkuat kolaborasi dalam sektor tradisional seperti pertanian, perlombongan dan tenaga, serta meluaskan kerjasama dalam pembangunan hijau, tenaga bersih, ekonomi digital dan tindak balas terhadap perubahan iklim.
Zhao turut meluahkan harapan supaya kedua-dua negara terus mengintensifkan interaksi dan kerjasama dalam pendidikan, budaya, pelancongan, tempatan dan golongan belia, memudahkan pergerakan kakitangan, dan memperkukuh asas persahabatan antara kalangan rakayat China dan Australia.
Beliau juga menyeru supaya memperkukuh koordinasi multilateral, bersinergi menjaga sistem antarabangsa yang berteraskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan order antarabangsa berasaskan undang-undang antarabangsa, serta memacu membina sistem tadbir urus global yang lebih adil dan munasabah.
Sementara itu, Dugald Milton Dick berkata, Australia berpegang pada dasar Satu China, dan ingin memperkuat kerjasama dan pertukaran dengan China dalam perdagangan, budaya, pertanian, perlombongan, perubahan iklim, dan kecerdasan buatan (AI) demi situasi saling untung dan sama menang.













Tinggalkan Balasan