Ipoh, 5 Jun – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini menerima kunjungan hormat dan lawatan rasmi daripada delegasi Lianyungang, China, dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua bandar raya.
Delegasi tersebut diketuai oleh Professor Zhang Yuanliang, Naib Presiden Jiangsu Ocean University, bersama Puan Zhang Xu, Timbalan Ketua Pengarah Pusat Pendidikan dan Kerjasama Bahasa, serta Puan Yan Jin’e, Timbalan Pengarah Biro Kebudayaan, Radio, Televisyen, Pelancongan dan Kerajaan Rakyat Perbandaran Lianyungang.
Ketibaan delegasi telah disambut mesra oleh Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya Ipoh, yang mewakili YBhg. Datuk Bandar Ipoh. Turut hadir dalam sesi lawatan ini ialah Ahli Majlis, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.
Lawatan ini bertujuan mengeratkan hubungan persahabatan dan membuka ruang kerjasama strategik dalam bidang pentadbiran bandar, pembangunan lestari, serta penambahbaikan perkhidmatan awam melalui perkongsian pengetahuan, kepakaran dan amalan terbaik.
Majlis Bandaraya Ipoh berharap lawatan ini akan menjadi landasan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua pihak, sekali gus menyumbang kepada pembangunan mampan dan kemajuan bersama.
Tinggalkan Balasan