KUALA LUMPUR, 31 Ogos — Bekas Ahli Parlimen (MP) Bangi Dr Ong Kian Ming mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ahli DAP, berkuat kuasa hari ini.
Dalam hantaran terbaharunya menerusi Facebook, Ong berkata keputusan itu telah dimaklumkan kepada Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook dan Setiausaha Pengelola Kebangsaan DAP Khoo Poay Tiong.
“Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menyumbang kepada parti dan negara dalam pelbagai cara sejak menyertai parti itu pada 2012, sebagai Ahli Parlimen Serdang (2013 hingga 2018) dan Ahli Parlimen Bangi (2018 hingga 2022), Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) (2018 hingga 2020), ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat yang dilantik (2019 hingga 2022) dan ahli Jawatankuasa DAP Negeri Selangor yang dipilih (2018 hingga 2024).
“Saya tidak bercadang untuk menyertai parti politik lain dalam masa terdekat dan tidak akan bertanding sebagai calon pada pilihan raya umum (PRU16) akan datang,” katanya.
Ong berkata beliau akan terus berkhidmat demi kepentingan negara melalui pendekatan lain.
















Tinggalkan Balasan