KUALA LUMPUR, 23 Julai — Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengarahkan tindakan segera diambil bagi menangani pelbagai isu perkhidmatan kritikal yang dihadapi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau menegaskan isu kesihatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan MADANI.
“PPUM merupakan sebuah hospital pengajar. Justeru perkhidmatannya adalah bersesuaian dengan kapasiti dan keupayaannya sebagai hospital pengajar.
“Saya telah mengarahkan agar tindakan segera diambil dalam keputusan-keputusan yang dibuat dalam perbincangan ini,” katanya.
Perbincangan itu melibatkan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Naib Canselor Universiti Malaya serta pasukan pentadbiran PPUM.
Shamsul Azri berkata fokus utama adalah kepada isu dasar berasaskan aduan rakyat seperti isu berkaitan tempoh menunggu lama, perkhidmatan klinikal yang mencabar serta sumber tenaga mahir dan kepakaran.

















Tinggalkan Balasan