NIBONG TEBAL, 23 Sept — Tapak pelupusan sampah Pulau Burung di sini, terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan pada 6.39 pagi sebelum menggerakkan sepasukan tujuh anggota bersama tiga jentera ke lokasi bagi memadam kebakaran.
“Kebakaran melibatkan longgokan sampah di kawasan tapak pelupusan sampah terbabit dengan anggaran keluasan semasa sekitar 100 x 50 meter persegi (mps),” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata ketika ini, usaha memadam dan mengawal kebakaran masih giat dilakukan bagi mengelak ia merebak, dan maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

















Tinggalkan Balasan