KUALA LUMPUR, 23 April  — Polis menahan aktivis Fahmi Reza berikutan hantaran yang dibuatnya di media sosial melibatkan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penahanan aktivis itu petang tadi.

“Dia ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan siasatan kes ini diserahkan kepada pihak Bukit Aman untuk menjalankan siasatan,” katanya ringkas kepada Bernama hari ini.

Baru-Baru ini, Fahmi didakwa telah memuat naik hantaran bertajuk ‘This is dengki ke?’ di laman  Facebooknya yang didakwa menghina Tunku Azizah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here