KUALA LUMPUR, 19 Nov  — Kes baharu COVID-19 hari ini menurun sedikit kepada 6,355 kes berbanding 6,380 kes semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah itu sebanyak 98.2 peratus atau 6,240 kes adalah daripada kategori satu dan dua, manakala 115 kes atau 1.8 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima.

Kes sembuh pula mencatatkan 5,031 kes, menjadikan kumulatif kes yang pulih daripada jangkitan kini berjumlah 2,477,314, manakala 10 kluster baharu dikenal pasti dengan menjadikan kluster aktif kini 246.

“Sebanyak 542 kes sedang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 268 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.

Beliau turut memaklumkan nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) negara kini adalah 1.02, dengan Kuala Lumpur mencapai Rt tertinggi iaitu 1.09 diikuti Negeri Sembilan (1.07) dan Putrajaya serta Kelantan masing-masing 1.06.

Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 dimuat naik ke laman sesawang COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here