PUTRAJAYA, 19 Ogos — Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menamatkan perkhidmatan firma guaman, Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST).

Perkara tersebut dimaklumkan oleh peguam, Hisyam Teh Poh Teik ketika mahkamah mula bersidang sebentar tadi.

Pada ketika ini, hanya peguam Hisyam Teh Poh Teik dan dua peguam dipercayai daripada firmanya, Tetuan Hisyam Teh berada di dalam mahkamah.

Selain Datuk Zaid Ibrahim yang merupakan rakan kongsi firma tersebut, dua peguam daripada ZIST, Liew Teck Huat dan Rueben Mathiavaranam tidak kelihatan di mahkamah hari ini.

Pada 25 Julai lalu, Najib melalui sepucuk surat telah menamatkan perkhidmatan firma guaman, Tetuan Shafee & Co, peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan seluruh pasukan pembelaannya.

Najib kemudian melantik firma guaman, Tetuan Zaid Ibrahim, Suflan TH Liew & Partners (ZIST) bagi menggantikan Tetuan Shafee & Co. manakala Hisyam dilantik bagi menggantikan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Jumaat lalu, Zaid mengeluarkan kenyataan bahawa beliau dan firmanya akan terus bersama Najib sehingga ke ke akhirnya.

Malah, Selasa lalu, selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Hisyam untuk menangguhkan pendengaran rayuan itu, Zaid masih lagi mengatakan akan terus bersama Najib dan melakukan apa yang termampu walaupun mengalami kesukaran.

Hari ini, beliau tidak lagi kelihatan di mahkamah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here