SEREMBAN, 21 Ogos — Jasad mendiang pengasas parti DAP Dr Chen Man Hin yang meninggal dunia pada Rabu lepas selamat disemadikan di Taman Peringatan Xioa En, Nilai dekat sini kira-kira 5.30 petang tadi.

Terdahulu, perarakan membawa jasad mendiang bermula 12 tengah hari tadi melalui Jalan Tuanku Munawir menuju ke Gereja Visitation, Jalan Yam Tuan bagi memberi peluang kepada ahli keluarga dan rakan seperjuangan politik memberi penghormatan terakhir.

Turut hadir beberapa pimpinan tertinggi DAP termasuk veteran parti Lim Kit Siang, Pengerusi Lim Guan Eng dan Setiausaha Agung Anthony Loke Siew Fook.

Dr Chen adalah Pengerusi DAP sejak 1966 hingga 1999 dan seterusnya dilantik sebagai penasihat seumur hidup yang pertama bagi parti itu.

Mendiang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang antara 1965 dan 1982 selain sebagai Ahli Parlimen Seremban Timor (1969-1974) dan Seremban (1974-1982 dan 1983-1990).

Dr Chen meninggal dunia di kediamannya di sini kira-kira 5 pagi Rabu lepas, pada usia 98 tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here