KUALA LUMPUR, 19 Nov — Beberapa keputusan mengejut direkodkan selepas nama-nama besar kecundang dalam saingan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setakat 11.45 malam, antara yang tumbang adalah veteran UMNO Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah di Gua Musang, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid di Padang Terap, dan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Kuala Selangor yang mewakili Barisan Nasional (BN).

Setakat ini, Pakatan Harapan mendahului dengan 24 kerusi Parlimen, Perikatan Nasional (22), Gabungan Parti Sarawak (19), BN (13), Gabungan Rakyat Sabah (empat), Warisan dan Parti Bangsa Malaysia, masing-masing satu kerusi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here