IPOH, 29 Jan — Konsep ‘Malaysia Madani’ yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan retorik atau slogan semata-mata, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Justeru, katanya semua pihak perlu memahami makna di sebalik konsep ‘Malaysia Madani’ yang seterusnya mampu memberi kesan perubahan kepada rakyat secara menyeluruh.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita hendak merasakan impak konsep Malaysia Madani itu terutamanya di Parlimen Tambun ini yang merupakan kawasan Parlimen Perdana Menteri yang menjadi contoh dan penanda aras kepada seluruh Perak dan Malaysia khususnya,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata demikian ketika berucap merasmikan Kompleks Pendidikan Baitul Ridzuan (KOBAR) dan pelancaran Sekretariat Masyarakat Madani Tambun (SMAT) anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Jalan Raja Kampung Manjoi di sini, hari ini.

 Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri Datuk Mohd Zolkafly Harun serta Presiden MAPIM Mohd Azmi Abdul Hamid.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here