BALING, 22 Feb – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah melaksanakan beberapa penambahbaikan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam usahanya mengekalkan momentum lebih cekap dan berkesan semasa berdepan bencana atau sebarang kecemasan.

Pengarah APM Kedah Left Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub berkata penambahbaikan itu membabitkan komponen seperti mekanisme pengurusan pasukan, kerjasama berkumpulan, masa tindak balas dan memperbaiki semula koordinasi komunikasi agar lebih baik daripada sebelumnya.

Awang Askandar berkata eksesais seumpama itu memberi ruang dan peluang kepada pegawai serta anggota terlibat membuat latihan sebagai persediaan untuk tindakan lebih cekap semasa bertugas di lapangan sekiranya berlaku bencana.

“Seramai 120 pegawai dan anggota dari lima daerah iaitu Baling, Sik, Kulim, Bandar Baharu dan Kuala Muda terlibat dalam eksesais dua hari yang bermula semalam dan berakhir hari ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here