BUTTERWORTH, 5 Mac – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) membelanjakan RM615,000 bagi menyediakan bekalan stok makanan, untuk dihantar ke negeri-negeri yang sedang terjejas banjir sekarang ini.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata semua bantuan makanan itu masih dalam proses penghantaran dan diharap mencukupi untuk menampung keperluan mangsa banjir ketika ini.

“Kita masih dalam proses hantar makanan dan telah belanja RM615,000 untuk stok makanan, namun ia masih tidak mencukupi kerana di Johor sahaja 40,000 lebih (mangsa banjir) yang terjejas, kita juga menerima bantuan daripada Yayasan Kebajikan Negara iaitu sumbangan RM50,000.

“Saya nak war-warkan untuk mereka yang ingin membantu mangsa banjir, mereka boleh menderma menerusi Yayasan Kebajikan Negara…kalau ada di luar sana membantu syukur Alhamdulilah.

“Setakat ini saya dengar ada yang cuba berikan bantuan dan saya minta pihak di luar sana sana yang mempunyai kemampuan untuk membantu, agar dapat bersama-sama (membantu) mangsa banjir,” katanya kepada pemberita selepas lawatan turun padang di Laman Wanita Tasek Gelugor, di sini hari ini.

Johor terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 44,860 orang diikuti Pahang (2,978), Negeri Sembilan (587), Melaka (493) dan Selangor (71).

“Kami akan terus bantu memberi bantuan, bukan sahaja makanan, malah turut memberikan kaunseling dan membantu menghiburkan kanak-kanak, serta bermain dengan mereka supaya tidak bosan di PPS,” katanya.

“Sebenarnya kejadian itu berlaku hari pertama (berlaku banjir) iaitu waktu dinihari dan terkandas…namun pegawai-pegawai JKM tersebut telah mengikut SOP malah sudah biasa dengan SOP, cuma keadaan hari itu mungkin kurang persediaan dari diri, malah tidak tahu kawasan mana yang air (banjir) naik,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here