SEGAMAT, 5 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gemereh, dekat sini.

Anwar meluangkan masa kira-kira 20 minit bertemu mangsa banjir di PPS itu yang menempatkan 125 penduduk daripada 32 keluarga itu.

Selain beramah mesra dan bertanya khabar, beliau turut meninjau ruangan aktiviti psikologi pendidikan untuk anak-anak mangsa banjir, yang dikendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ketibaan beliau juga mengujakan penghuni PPS, termasuk warga emas dan anak muda, yang ternyata gembira dapat melihat dengan lebih dekat wajah pemimpin nombor satu negara itu.

Terdahulu Anwar mendengar taklimat situasi semasa bencana banjir di daerah itu di Kem 4, Rejimen Artileri Diraja, Segamat.

Beliau selepas ini dijadual melawat mangsa banjir PPS di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kampung Tengah, yang menempatkan 502 penduduk dari 133 keluarga. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here