ALOR SETAR, 6 Mac – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui agensi di bawahnya Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (PSNCWU) terus komited untuk memastikan bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) terus diminati masyarakat.

Timbalan Menterinya Datuk Arthur Joseph Kurup berkata Pusat Sains Negara (PSN) dan cawangannya giat melaksanakan penambahbaikan infrastruktur dan pengisian supaya pameran bercirikan STI terus mendapat sambutan daripada para pengunjung.

“PSNCWU terus komited dalam memupuk dan membudayakan bidang Sains, Teknologi dan Inovasi bagi menarik minat generasi muda agar negara tidak ketandusan barisan generasi baharu yang akan mempelopori bidang STI itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata bagi tahun 2022, PSNCWU mencatatkan jumlah pengunjung tertinggi iaitu seramai 194,263 orang.

“Harga tiket yang murah iaitu RM2 bagi dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun dan kemasukan percuma bagi kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah mampu menarik pengunjung dari Perak Utara, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis datang ke sini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here