KUALA LUMPUR, 7 Mac – Sidang kemuncak serantau Akademi Usahawan Wanita (AWE) yang kali pertama diadakan di Kuala Lumpur menghimpunkan 200 usahawan berjaya dan pemimpin perniagaan dengan objektif untuk memperkukuh rangkaian perniagaan di seluruh rantau Indo-Pasifik.

Bermula hari ini hingga 9 Mac sidang kemuncak itu dihoskan oleh Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur.

Penganjurannya bersempena Hari Wanita Antarabangsa, sekali gus memberikan pendedahan kepada peserta dari pelbagai negara di rantau ini termasuk Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura dan Taiwan mengenai pelbagai maklumat, rangkaian dan akses yang diperlukan bagi mengembangkan perniagaan di peringkat komuniti dan antarabangsa.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata AWE bersama-sama Women Entrepreneur Network Association (WENA) berkata selama ini AWE sudah memberi manfaat kepada ramai usahawan wanita dengan menyediakan akses kepada pendidikan dan bimbingan.

“Saya percaya pendidikan adalah kunci untuk memartabatkan wanita dan menyediakan akses dan peluang yang sama kepada mereka.

“Saya berharap untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hasil sidang kemuncak dan bagaimana usahawan wanita Malaysia di sini dapat terus meningkatkan perniagaan mereka dan menyediakan lebih banyak peluang kepada lebih ramai wanita menyertai dan mencapai kejayaan ekonomi,” katanya ketika melancarkan sidang kemuncak itu

Rafik dalam ucapannya berkata AWE telah memperkasakan lebih 25,000 usahawan wanita di seluruh dunia sejak dilancarkan pada 2019.

“Daripada membantu meningkatkan mata pencarian melalui pemasaran digital kepada memudahkan akses penjagaan kesihatan mental, alumni AWE telah menunjukkan kepentingan untuk melabur dalam perniagaan yang diterajui wanita bagi mencapai pertumbuhan yang mampan di seluruh rantau Indo-Pasifik,” katanya.

Sementara itu, Nuraizah Syamsul berkata Kedutaan AS di sini dan WENA melancarkan AWE di Malaysia pada 2020 dan memperkasakan lebih 150 usahawan wanita Malaysia dengan membantu mengembangkan perniagaan mereka.

Turut hadir Timbalan Penolong Setiausaha bagi Biro Dasar Hal Ehwal Pendidikan dan Kebudayaan AS, Rafik Mansour, Duta AS ke Malaysia, Brian McFeeters dan AWE Malaysia Implementer, Nuraizah Syamsul Baharin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here