LILONGWE (Malawi), 21 Mac – Angka kematian akibat Siklon Tropika Freddy di Malawi mencecah 499 nyawa setakat petang Isnin, manakala mereka yang hilang tempat tinggal meningkat daripada 490,098 kepada 508,244.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh Pasukan Pertahanan, Perkhidmatan Polis Malawi dan United Kingdom dibantu negara jiran, termasuk Tanzania dan Zambia.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Pengurusan Bencana, Charles Kalemba berkata, satu lagi pusat pemindahan telah dibangunkan untuk menempatkan mangsa bencana, menjadikan jumlah keseluruhan kem kepada 534.

Jumlah mangsa yang cedera telah meningkat kepada 1,332, manakala 427 lagi masih hilang.

Jumlah daerah dan bandar yang terjejas kini mencecah 15, dengan tiga lagi daerah di wilayah timur mengalami hujan lebat walaupun selepas Siklon Freddy berlalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here