ALOR GAJAH, 8 April – Kerajaan negeri akan menganjurkan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka MITC dari pukul 8 malam hingga 12 tengah malam pada 25 April ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sambutan di semua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) pula akan berlangsung mengikut jadual selepas penyelarasan yang akan diumumkan nanti, dan sehubungan itu semua penduduk Melaka dijemput hadir pada hari berkenaan untuk sama-sama meraikannya.

“Rumah Terbuka Aidilfitri Perhubungan UMNO peringkat Negeri Melaka pula akan dianjurkan di Kampung Pulau, dengan tarikhnya akan diumum kelak,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here