PUTRAJAYA, 11 April – Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2022 akan diumumkan pada 18 April ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata seramai 4,634 calon yang menduduki peperiksaan STAM 2022 di 134 pusat peperiksaan di seluruh negara pada 16 hingga 19 Januari, 30 dan 31 Januari serta 2 Februari lalu.

“Semua calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan STAM di sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi pada tarikh berkenaan.

“Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan terbabit,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here