SHANGHAI, 11 Mei – Sebuah studio reka bentuk kereta Volvo baharu dibuka pada Rabu di Shanghai, menjadi satu daripada tiga pusat reka bentuk global pengeluar kereta itu.

Mirip ibu pejabat reka bentuk Volvo Cars di Gothenburg, studio Shanghai mempunyai semua fungsi yang diperlukan untuk memudahkan keseluruhan proses reka bentuk, daripada konsep hingga pengeluaran, menurut syarikat itu.

Studio reka bentuk seluas 5,500 meter persegi itu mempunyai mesin pengilangan, pencetak 3D dan bengkel lengkap untuk menghasilkan model yang tepat dengan lebih cekap berbanding sebelum ini.

Pereka Shanghai juga mempunyai akses kepada persekitaran VR, membolehkan mereka meneroka reka bentuk di dunia maya.

“Premis baharu dan teknologi terkini membantu mengukuhkan kerjasama merentas tiga studio reka bentuk kami di peringkat global sambil kami terus membawa reka bentuk Volvo Cars ke peringkat seterusnya,” kata ketua reka bentuk global Volvo Cars, Jeremy Offer.

Dengan pembukaan Design Studio Shanghai, ia sekali gus memperkukuh pelaburan strategik dan pembangunan jangka panjangnya di China, selain Pusat R&D China, kilang Chengdu, kilang Daqing dan kilang Taizhou.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here