BEIJING, 18 Ogos — Menjelang pembukaan Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-20, pihak penganjur pada Khamis memperkenalkan cederahati istimewa sempena ulang tahun ke-20 eskpo itu.

Cenderahati istimewa yang antaranya terdiri lukisan bertemakan  ‘kampung halaman indah’, sampul surat dan setem itu diperkenalkan pada acara kira detik 30 hari menjelang pembukaan ekspo berkenaan.  

Elemen seperti bangunan mercu tanda dan pemandangan indah di China dan 10 negara ASEAN turut menjadi sumber tema lukisan, sekali gus menzahirkan aspirasi 11 negara ini untuk bersama-sama membina kampung halaman yang damai, aman, makmur, indah dan mesra.

Bagi cenderahati sampul surat pula, pihak China Post mengambil inisiatif untuk menghasilkannya dengan menggabungkan elemen-elemen seperti logo, venue dan maskot CAEXPO.

CAEXPO kali ke-20 akan diadakan di bandar Nanning, Guangxi pada 16 hingga 19 September nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here