Presiden China Xi Jinping memberi arahan penting mengenai kerja komunikasi awam dan kebudayaan baru-baru ini. 

Beliau menyatakan bahawa kerja komunikasi awam dan kebudayaan merupakan perkara yang amat signifikan, kerana ia berkaitan dengan masa depan dan takdir Parti, ketenteraman dan kestabilan negara untuk jangka panjang, serta penyatuan dan kekitaan bangsa. 

Xi mengatakan bahawa perubahan besar yang tidak pernah wujud dalam seratus tahun sedang berlaku dengan cepat, kerja komunikasi awam dan kebudayaan juga menghadapi situasi dan misi baharu. 

Beliau menyatakan bahawa kita harus berpandukan fikiran sosialisme bercirikan China pada era baharu, memberi tumpuan kepada usaha memajukan pembangunan usaha dan industri kebudayaan, meningkatkan keupayaan komunikasi, menggalakkan pertukaran kebudayaan dan saling belajar, merangsang kedinamikan inovasi kebudayaan seluruh bangsa.

Beliau juga menekankan, usaha harus dilakukan untuk meningkatkan kuasa lembut kebudayaan negara dan pengaruhnya di arena antarabangsa, memberikan jaminan pemikiran yang kuat, tenaga rohani yang hebat, dan syarat budaya yang kondusif bagi pembangunan negara sosialis moden secara menyeluruh dan mempromosikan kebangkitan gemilang nusa dan bangsa China.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here