NANNING, 6 Dis – Bulan Budaya China-ASEAN (Nanning) edisi pertama membuka tiranya di sini pada Selasa. 

Sempena bulan budaya itu pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan, antaranya Minggu Opera China-ASEAN (Nanning) ke-10, tayangan filem China-ASEAN ketujuh, Gala Tahun Baharu Cina (TBC) “Melodi Musim Bunga 2024”, pameran karya seni China-ASEAN dan pameran animasi China-ASEAN.

Sementara itu, pesta makanan dan jualan produk istimewa dari negara-negara ASEAN juga akan diadakan, mengetengahkan pameran produk kreatif, kraftangan, permainan dan warisan budaya tidak ketara serta persembahan pancaragam dari China dan ASEAN.

Sempena Minggu Opera China-ASEAN (Nanning) ke-10 yang akan berlangsung sehingga 10 Dis, sebanyak 25 rombongan opera dari China, Kemboja, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam akan menampilkan 26 persembahan menarik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here