NEW DELHI, 13 Mei – Kementerian Pembangunan Ekonomi dan Perdagangan Maldives telah menandatangani perjanjian dengan Dubai International Free Zone Authority (IFZA) pada Ahad untuk membangunkan zon perkhidmatan ekonomi dan kewangan.

Memorandum persefahaman (MoU) itu, yang ditandatangani oleh Menteri Ekonomi Maldives Mohamed Saeed dan Pengerusi IFZA Martin Pedersen, melibatkan kerjasama dalam mewujudkan zon perdagangan khas di Pulau Funadhoo berhampiran Male serta projek Gerbang Ekonomi Maldives di Ihavandhippolhu di bahagian utara kepulauan itu.

“MoU itu akan membuka jalan untuk mempelbagaikan dan mengubah ekonomi kita,” kata kementerian itu dalam catatan di media sosial.

Projek Ihavandhippolhu termasuk pelabuhan, lapangan terbang dan pelbagai zon kewangan, pendidikan, komersial, logistik dan kediaman.

Maldives juga merancang untuk memulakan bank pembangunan tahun ini.

“Kami sangat yakin bahawa kami boleh memulakan operasinya pada bulan Julai,” laporan media tempatan memetik menteri ekonomi sebagai berkata selepas menandatangani MOU.

Presiden Mohamed Muizzu menubuhkan Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Antarabangsa Maldives pada Januari tahun ini untuk membangunkan industri perkhidmatan kewangan negara pulau itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here