Bandar Madrid, sebagai mercu tanda yang mempunyai sumber kebudayaan dan pelancongan yang melimpah dalam landskap global, merupakan satu ‘tingkap penting’ dalam pertukaran China-Barat, kata Shen Haixiong, presiden China Media Group (CMG), semasa pertemuan dengan Datuk Bandar Madrid, José Luis Martínez-Almeida Navasqüés di Dewan Bandaraya Madrid di Sepanyol pada Isnin.

Shen menzahirkan harapan agar dapat berganding bahu dengan bandar Madrid untuk memperkasa kerjasama dalam bidang perfileman dan televisyen, bola sepak dan pelancongan bagi menggalakkan pertukaran sesama rakyat kedua-dua negara, pembangunan perkongsian strategik komprehensif China-Barat dan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Shen menegaskan, China sedang memperincikan pelaksanaan dasar pembaharuan secara menyeluruh bagi memajukan modenisasi ala China. Kewujudkan modenisasi di China yang mempunyia populasi sebanyak 1.4 bilion orang merupakan kemajuan besar dalam proses perkembangan tamadun manusia dan juga akan menyediakan peluang penting kepada dunia.

Martínez-Almeida pula berkata, Piala Dunia akan dianjurkan di Madrid pada 2030 dan pihaknya menanti-nantikan penyertaan CMG yang mempunyai teknologi penyiaran kelas pertama di dunia dalam penghasilan siaran langsung temasya sukan tersebut.

Beliau akan mengadakan lawatan ke China pada tahun depan dan menjangkakan kerjasama komprehensif dengan CMG dalam bidang pelancongan dan sukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here