Kumpulan Media China (CMG) dan Persekutuan Bola Sepak Profesional Sepanyol (LALIGA) memeterai memorandum persefahaman (MoU), bersetuju untuk mempromosikan pertukaran dalam sektor-sektor berkaitan, bersama-sama menganjurkan pertandingan sukan, di samping membantu pembangunan bola sepak dalam golongan belia.

Presiden CMG Shen Haixiong dan Presiden LALIGA Javier Tebas mewakili kedua-dua pihak menandatangani dokumen berkenaan dalam satu majlis yang berlangsung di Madrid pada Isnin.

Shen berkata CMG menugaskan lebih 2,000 kakitangan untuk membuat laporan tentang Sukan Olimpik Paris, Sementara itu CMG buat julung-julung kalinya menghantar kenderaan penyiaran definisi ultra tinggi (UHD) untuk membuat isyarat penyiaran 8K tentang pertandingan olahraga dan upacara penutup temasya sukan tersebut, dan ia sekali gus membantu meningkatkan taraf penghasilan dan kemampuan penyiaran pertandingan sukan di peringkat global.

“CMG dan LALIGA telah mencapai konsensus mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan penyiaran pertandingan LALIGA, supaya membolehkan penonton di China dapat menonton pertandingan LALIGA dan lebih banyak mengenai bola sepak melalui platform CMG,” kata beliau.

Shen berharap CMG dan LALIGA dapat meluaskan ruang kerjasama, menyuntik momentum baharu kepada pertukaran antara kedua-dua negara, dan bersama-sama menulis bab pembangunan baharu bagi pembangunan sukan dan pertukaran tamadun di arena antarabangsa.

Tebas pula berharap kedua-dua pihak dapat terus memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang, dan secara proaktif menerokai saluran kerjasama baharu, agar menyumbang tenaga kepada pembangunan bola sepak di peringkat global. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here