Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pemilihan presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) pada bulan depan.

Dalam sidang media yang diadakan di pejabat Perdana Menteri di Tokyo tengah hari tadi, Kishida berkata LDP akan menjalani “reformasi dan perubahan” pada musim gugur akan datang.

Di samping itu, Perdana Menteri itu mengaku bertanggungjawab penuh terhadap peristiwa yang membawakan penurunan kepercayaan politik, terutamanya skandal pengumpulan dana politik.

Fumio Kishida, 67, dilantik sebagai presiden parti pemerinah LDP pada 2021. Tempoh perkhidmatan beliau selama tiga tahun akan tamat pada September nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here