“Jika tanpa sokongan dan sumbangan Kumpulan Media China (CMG), Sukan Olimpik kali ini mustahil mencapai kejayaan sebegitu besar.”

Demikian dinyatakan Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach dalam sepucuk suratnya kepada Presiden CMG Shen Haixiong pada 12 Ogos. 

Thomas Bach juga merakamkan tahniah kepada CMG atas kejayaan dalam membuat siaran dan liputan mengenai Sukan Olimpik 2024 di Paris di samping mengucapkan terima kasih kepada semua rakan CMG yang terlibat dalam pelaksanaan tugas tersebut.

“CMG memainkan peranan penting semasa berlangsungnya Sukan Olimpik 2024 di Paris yang sudah melabuh tirainya dengan berjaya kelmarin.

“Dengan adanya sokongan kuat dari CMG, kita dapat bersama-sama mempersembahkan daya tarikan dan semangat kesukanan Olimpik kepada berbilion penonton di seluruh dunia. Dengan adanya dedikasi yang jitu dan penyampaian perkhidmatan yang rajin dari CMG, kita barulah dapat menikmati dan menyaksikan daya tarikan dan aura atlet Olimpik di depan skrin. Kejayaan yang mengagumkan dalam Sukan Olimpik kali ini tidak terlepas dari sumbangan CMG,” kata Bach.

“Peranan CMG dalam menggalakkan perpaduan global dengan menyemarakkan semangat Olimpik sama sekali tidak boleh diabaikan.

“IOC amat berbangga dan bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan rakan media yang mempunyai etika kerja yang tinggi seperti kakitangan CMG. Anda sekalian bertindak pantas menjalankan tugas, boleh menyumbang kepada solidariti dunia yang diinspirasikan Sukan Olimpik. Jika dilihat dari aspek di luar Sukan Olimpik, dedikasi anda sekali juga boleh dijadikan aspirasi kami untuk membuat penyampaian perkhidmatan dengan baik dalam bidang kesukanan demi dunia yang lebih baik,” ujar Thomas Bach.

“Perkongsian antara IOC dengan CMG justeru satu gambaran yang hidup bagi moto Olimpik, iaitu “lebih cepat, lebih tinggi, lebih kuat – lebih bersatu padu.” tambah beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here