BEIJING, 17 Ogos – China menyokong Myanmar mewujudkan perdamaian dalaman menerusi dialog dan mencari jalan pembangunan yang selaras dengan keadaan negara sendiri.

Demikian dinyatakan Menteri Luar China Wang Yi dalam pertemuan tidak rasmi bersama rakan sejawatannya dari Laos, Myanmar dan Thailand di Chiang Mai pada Jumaat.

Wang menegaskan China sentiasa menegakkan prinsip tidak mencampuri urusan dalaman negara lain.

Beliau menyarankan supaya sinergi dibentuk untuk menyokong proses perdamaian dalaman Myanmar digerakkan secara teratur di sisi undang-undang, membantu rakyat negara itu mengatasi kesulitan semasa, selain menyokong isu Myanmar dikendalikan dengan baik menerusi kaedah ASEAN.

Myanmar merakamkan terima kasih atas bantuan yang dihulurkan tiga jiran bersahabat apabila negara itu berdepan dengan kesukaran.

Myanmar bersedia memanfaatkan pertemuan tidak rasmi kali ini untuk memperkasa kerjasama dan persefahaman demi memulihkan kestabilan dan mewujudkan perdamaian politik dalam negeri seawal mungkin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here