BEIJING, 17 Ogos – Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) kesembilan diadakan di Chiang Mai, Thailand pada Jumaat.

Para peserta memberi penghargaan tinggi terhadap kemajuan positif dicapai dalam LMC dan menyifatkan kerjasama yang berkembang pesat itu sebagai mekanisme paling berhasil dan dinamik di rantau berkenaan.

Mereka juga menyanjung sokongan China kepada banyak projek kerjasama pragmatik menerusi dana khusus LMC, yang dianggap membantu merapatkan jurang pembangunan serantau dan memacu proses integrasi ASEAN.

Semua pihak bersetuju memperkasa kerjasama pragmatik melibatkan kesalinghubungan, ekonomi dan perdagangan, inovasi teknologi, keselamatan makanan, tenaga, sumber air, perubahan iklim, sosiobudaya dan sebagainya, di samping bersinergi membanteras jenayah rentas sempadan.

LMC merupakan sebuah mekanisme kerjasama yang melibatkan enam negara iaitu China, Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here