DHAKA, 22 Ogos – Banjir di timur Bangladesh menyaksikan lebih 200,000 orang di beberapa mukim terjejas, kata seorang pegawai pada Rabu.

Ketua pentadbiran daerah Feni, Shahina Akhter berkata bahawa tiga mukim iaitu Phulgazi, Chhagalnaiya, dan Porsuram terjejas teruk akibat banjir yang berpunca daripada hujan lebat.

Hujan lebat selama hampir seminggu serta aliran sungai deras dari kawasan pergunungan di hulu menyebabkan sungai-sungai melimpah.

“Anggota tentera bersama sukarelawan tempatan mula memindahkan penduduk yang terjejas ke tempat yang lebih selamat,” kata Akhter.

Tiada laporan mengenai kematian atau orang hilang setakat ini.

Pejabat cuaca tempatan merekodkan hujan sekitar 183 milimeter di daerah Feni hingga pagi Rabu, dan lebih banyak hujan diramalkan sehingga Jumaat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here