Kerajaan Jepun dan Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) degil mendorong pelaksanaan rancangan pelepasan air kumbahan nuklear Fukushima ke laut bermula 24 Ogos 2023.

Perbuatan itu sudah mencetuskan bantahan keras daripada masyarakat antarabangsa termasuk rakyat Jepun. Dalam tempoh masa setahun berikutnya, Jepun telah menyelesaikan pelepasan air kumbahan nuklear sebanyak 7 pusingan, dan pusingan ke-8 sedang berlangsung buat masa kini dan dijangka akan berakhir hari ini. Tindakan itu bermakna bahawa terdapat kira-kira 63 ribu tan air tercemar nuklear yang telah disalurkan ke Lautan Pasifik dalam tempoh setahun yang lalu.

Protes terhadap pelepasan air tercemar nuklear ke laut tidak pernah berhenti dalam negeri Jepun pada masa setahun lalu. Sebahagian rakyat Jepun telah mengadakan perhimpunan di beberapa tempat termasuk Fukushima semalam untuk meminta pihak berkuasa menghentikan tindakan melepaskan air tercemar nuklear ke laut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here