Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Perkhidmatan Penyiaran Olimpik (OBS), Yiannis Exarchos mengutuskan sepucuk surat kepada Presiden Kumpulan Media China (CMG) Shen Haixiong pada 23 Ogos untuk mengucapkan terima lasih kepada CMG atas perkhidmatan yang disediakannya dalam membekalkan isyarat penyiaran yang berkualiti tinggi untuk kegunaan awam dalam senario global semasa tempoh Sukan Olimpik Paris 2024.

Dalam surat itu, Yiannis Exarchos menyatakan bahawa OBS amat gembira melihat Sukan Olimpik Paris 2024 diadakan dengan jayanya dan melahirkan pengaruh amat besar di seluruh dunia. Pencapaian berkenaan tidak terlepas dari kerjasama yang berkecekapan tinggi antara pelbagai rakan penyiar, terutamanya CMG yang berperanan menyediakan perkhidmatan isyarat yang berkualiti tinggi untuk kegunaan awam.

Yiannis Exarchos secara khasnya menyampaikan tahniah atas pencapaian CMG dalam menghasilkan isyarat 8K serta berharap meneruskan kerjasama dengan CMG untuk meneroka teknologi canggih itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here