VLADIVOSTOK (Rusia), 3 Sept — Lawatan kerja dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia bermula esok, menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara merdeka berhasrat untuk terus menjalinkan hubungan dengan Rusia, kata Duta Besar ke Rusia Datuk Cheong Loon Lai.

Memetik kenyataan Perdana Menteri sebelum ini, Cheong berkata “kami berkawan dengan semua pihak”, walaupun menerima tekanan daripada pihak tertentu kerana isu geopolitik yang berterusan.

“Penyertaan Malaysia (dalam Forum Ekonomi Timur kesembilan) akan mencerminkan kedudukan dan posisi Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas berkawan dengan mana-mana negara dan tiada perasaan permusuhan.

“Kita tidak bermusuh dengan sesiapa daripada segi hubungan luar Malaysia, walaupun sekarang ini terdapat tekanan pihak tertentu yang sering memastikan bahawa sama ada anda (memilih pihak) dengan ahli (tertentu),” katanya kepada media Malaysia hari ini.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan akan tiba di sini pada Rabu pagi dan melakukan lawatan kerja dua hari ke Rusia hingga 5 Sept, menghadiri Forum Ekonomi Timur kesembilan (EEF) di Vladivostok, bandar raya pelabuhan utama di wilayah Timur Jauh Rusia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here