Sebanyak 110 juta pengembara masuk dan keluar dicatatkan di pintu-pintu sempadan China dalam tempoh 1 Julai hingga 31 Ogos iaitu kemuncak pengembaraan musim panas, dengan purata hariannya 1.779 juta orang. 

Menurut Pentadbiran Imigresen Negara (NIA), angka berkenaan meningkat 30 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Dalam pada itu, bilangan pengembara harian paling banyak direkodkan pada 24 Ogos dengan melepasi 2.23 juta.

Pengembara asing yang keluar masuk sempadan negara ini pula mencatat 10.89 juta, naik 52.8 peratus dari tahun ke tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here