Festival Filem Antarabangsa Jalan Sutera edisi ke-11 membuka tirai di bandar Xi’an, provinsi Shaanxi pada Sabtu. 

Diplomat dari kedutaan Uzbekistan, Rusia, Pakistan, Korea Selatan, dan Brazil di China, dan wakil pertubuhan antarabangsa menyertai upacara pembukaan tersebut. 

Presiden Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong dalam ucapan videonya menyatakan, provinsi Shaanxi merupakan tempat asal usul tamadun China, manakala bandar Xi’an ialah tempat penting dalam pembinaan Jalur dan Laluan. 

“Berpegang kepada konsep fikiran + seni + teknologi, CMG telah melancarkan beberapa acara pameran dan tayangan filem di seberang laut, sekali gus membina platform bagi komunikasi dan saling belajar bagi warga perfileman pelbagai negara,” kata Shen. 

Aktiviti itu dianjurkan bersama oleh CMG, kerajaan tempatan Provinsi Shaanxi dan Provinsi Fujian. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here