YANGON, 25 Sept – Kesatuan Eropah (EU) memperuntukkan sehingga €1.2 juta dalam bentuk bantuan kemanusiaan bagi membantu rakyat Myanmar yang terjejas teruk akibat Taufan Yagi, lapor The Global New Light of Myanmar pada Rabu.
EU menyediakan €2.2 juta bantuan kemanusiaan untuk menyokong rakyat yang terkesan di beberapa negara Asia Tenggara.
Daripada jumlah itu, €1.2 juta akan digunakan untuk tindak balas kemanusiaan di Myanmar, €650,000 untuk Vietnam, €200,000 untuk Filipina dan €150,000 untuk Laos.
Di Myanmar, seramai 419 orang terbunuh dalam insiden berkaitan banjir setakat pagi Selasa, menurut data rasmi.